Portal Pendidikan & Motivasi Pelajar Cemerlang                               Call/sms Hotline: 0132229563


"Berikan Saya 10 Pelajar Gagal, Insya Allah selepas Tamat Workshop, Mereka Akan Bertukar Menjadi Pelajar Cemerlang "-Br.Izu-

"Workshop Praktikal Teknik Belajar 

SLD METHOD"

"1 minggu anak anda belajar
menggunakan kaedah ini, kesannya mengatasi 4 bulan pembelajaran teknik
belajar kaedah biasa."

Kini Dengan SLD METHOD Menjadi Pelajar Cemerlang Bukanlah Perkara Aneh Lagi!!!

Seminar Teknik Belajar SLD METHOD 7X LEBIH BERKESAN Yang Pertama Di Malaysia

Terkini...Program Motivasi dan Teknik Belajar SLD Method sempena Cuti Sekolah Jun 2014 akan diadakan di Kuala Lumpur(sesi 1) dan Kuala Terengganu(sesi 2).

Jika berminat atau sebarang pertanyaan tentang tarikh dan tempat seminar, sila sms ke nombor tertera dibawah.

Seminar adalah selama sehari. Yuran cuma RM50.Untuk pendaftaran boleh bank in terlebih dahulu untuk booking seat kerana tempat adalah terhad...First come first serve basis..Acc maybank 563019229082, Galeri Hikmah Resources, emel : motivatorpelajar@yahoo.com, selepas bank in sms nama anak, alamat dan umur.tq..

  1. Anak anak berhak cemerlang! Untuk mencapai keputusan peperiksaan cemerlang,
    anak anda perlu BETULKAN TEKNIK BELAJAR terlebih dahulu.
    Teknik Belajar SLD METHOD MENJIMATKAN MASA, 1 minggu anak anda belajar
    menggunakan SLD METHOD, kesannya mengatasi 4 bulan pembelajaran teknik
    belajar kaedah biasa.
    Kandungan Kursus:
    - Teknik Belajar SLD METHOD 7X LEBIH BERKESAN
    - 12 Teknik Memori Berkesan
    - Teknik Belajar Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains Cara Mudah
    - Teknik Pengurusan Masa
    - Sesi kursus yang interaktif dan nota disediakan.
    BONUS:
    - Amalan pemakanan dan Doa untuk belajar berkesan.
    - Sistem checklist untuk ibubapa memantau sesi pembelajaran dan pencapaian
    peperiksaan anak anda.

                     

Workshop Teknik Belajar Berkesan -SLD Method ini adalah program yang dapat membantu pelajar untuk cemerlang dalam apa jua peperiksaan.

   Tidak seperti seminar-seminar motivasi yang lain, workshop  ini merupakan workshop pertama yang dikendalikan sendiri oleh pelajar cemerlang , yang usianya amat rapat dengan pelajar, Br. Izu yang menerangkan kaedah- kaedah praktikal yang diamalkan oleh beliau sendiri dan juga disyorkan oleh pakar-pakar teknik belajar di dalam mahupun luar negara . Pengamalan kaedah yang terkandung di dalam workshop ini membolehkan anda belajar sedikit , dapat banyak!

                                                        Sila Klik Sini Untuk Lihat Galeri-Galeri Gambar  Sepanjang Workshop


 


 

Keputusan percubaan saya untuk subjek sains amat teruk iaitu D. Alhamdulilah, 16 hari sebelum peperiksaan sebenar, saya berkesempatan mempelajari langkah demi langkah teknik belajar Br.Izu dan saya terus mengamalkannya di saat-saat akhir menjelang peperiksaan .Keputusan peperiksaan sebenar saya meningkat dari D menjadi B untuk subjek sains. Begitu juga subjek Geografi saya meningkat dari B menjadi A, manakala Bahasa Melayu dari C menjadi A. Saya yakin sekiranya saya mengetahui teknik belajar ini dari awal, saya mungkin berjaya skor A untuk semua subjek. Ibu saya terkejut dengan pencapaian saya. Teknik ini benar2 praktikal dan berkesan. Terima kasih Br.Izu.

Muhamad Zariff, S.M.K Seri Pantai,  Kuala Lumpur


 





Ketahui Rahsia Belajar Sedikit Tetapi Anda Boleh Dapat Banyak!!!

PENGENALAN RINGKAS -SLD METHOD

"    Kaedah yang dibincangkan dalam workshop saya adalah kaedah yang saya dapati benar-benar berkesan setelah 6 tahun membuat kajian melalui pembacaan dan bertanya daripada pelajar-pelajar cemerlang dan kaedah itulah yang saya amalkan. Saya memperuntukkan banyak masa membuat kajian cara belajar yang benar-benar berkesan kerana saya tidak mempunyai banyak masa untuk belajar. Saya mempunyai banyak komitmen lain yang perlu dilakukan dalam hidup saya. Kini, Alhamdulillah saya telah berjaya mencapai misi saya dan saya berasa simpati terhadap rakan-rakan pelajar yang bertungkus-lumus dan memperuntukkan banyak masa untuk cemerlang dalam peperiksaan. Sebenarnya, untuk cemerlang bukanlah banyak mana masa yang anda peruntukkan untuk belajar tetapi berapa banyak yang anda dapat belajar dalam sesuatu masa!. Atas maksud inilah saya berasa terpanggil untuk membuatnya dalam bentuk beberapa modul bagi  membantu  rakan-rakan pelajar. Modul-modul rahsia ini saya namakan SLD METHOD  

    Sekurang-kurangnya usaha saya selama 6 tahun itu dapat memberi manfaat kepada semua pelajar terutama di Malaysia . Sekiranya anda telah berjaya skor dalam peperiksaan atau berpuas hati melalui pengamalan kaedah yang dibincangkan dalam workshop saya, saya berharap anda dapat meluahkan rasa hati anda ke motivatorpelajar@yahoo.com untuk dikongsi kepada rakan kita yang lain. Saya juga ada bercadang untuk meluaskan workshop saya ke negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei kerana sudah ada permintaan di sana. Doakan kejayaan saya.

___________________________________________________________________


 

Adegan yang kita sentiasa lihat di sekolah-sekolah mahupun pusat-pusat pengajian tinggi….

          ”Pelajar-pelajar duduk baris demi baris dan mendengar guru mengajar di hadapan mereka. Setiap hari persekolahan mereka dibebani dengan pelbagai subjek mereka. Fakta yang tanpa henti, formula dan teori dijejalkan ke dalam benak mereka dalam subjek-subjek yang terpisah. Pelajar-pelajar ada mengangguk kerana faham dan ada yang mengangguk kerana tidur. Ada yang menerawang, ada yang menjejak impian. Alhasil, apabila kelas tamat, ada pelajar yang faham, ada yang tidak faham dan ada yang salah faham. Malangnya, dikalangan pelajar yang faham, ramai yang lupa apa yang diajar oleh guru sekiranya mereka tidak mengulangkaji dalm tempoh 24 jam.

          Sebahagian besar pendidikan disekolah mahupun universiti, masih terpusat secara eklusif pada isi pembelajarandan bukan pada kaedah pembelajaran. Sebenarnya, kaedah pembelajaran sesuatu subjek itu perlu diberi penekanan terlebih dahulu bagi membolehkan pelajar menguasai isi subjek. Pelajar yang disuruh belajar tanpa diajar cara belajar seumpama seseorang yang disuruh memandu tanpa diajar cara memandu. Bukannya kebaikan yang diperoleh sebaliknya kerugian.

 Di dalam workshop ini, dinyatakan paradigma fundamental bagi mengatasi masalah dalam situasi di atas. Workshop  ini menekankan kepentingan belajar cara belajar dan mengetengahkan teknik belajar yang berkesan untuk subjek yang pelbagai. Peribahasa cina ada menyatakan, “Berikan seekor ikan kepada seseorang, dia akan makan untuk sehari. Berikannya alat mengail dan mengajarnya cara mengail, dia akan makan seumur hidup" “

 Walaupun begitu, dengan hanya mengetahui teknik belajar berkesan, masih tiada jaminan seseorang pelajar itu untuk cemerlang dengan erti kata sebenarnya. Kecemerlangan seseorang pelajar juga mempunyai kaitan rapat dengan cara hidup yang diamalkan, kehidupan sosial dan kemahiran mengurus diri dan masa. Justeru, dalam workshop ini juga dibincangkan aspek-aspek tersebut secara rinci dan praktikal bersesuaian dengan situasi pelajar masa kini.
 

 

 

Kaedah belajar berkesan yang bakal anda perolehi dari workshop ini akan mengeluarkan kemampuan yang terpendam dalam diri anda untuk cemerlang dalam sebarang peperiksaan. Kaedah ini terdiri daripada langkah-langkah mudah,praktikal dan terbukti keberkesanannya kepada ramai pelajar.

 Intinya, kaedah ini mengakui bahawa pencapaian pelajar dalam akademik bukanlah dinilai kepada betapa geniusnya akal mereka, tetapi bergantung pada sejauh mana pelajar itu menggunakan teknik belajar yang berkesan ketika belajar. Begitu juga, bukanlah kuantiti atau tempoh ulangkaji yang menentukan kecemerlangan, tetapi kualiti ulangkaji yang dipraktikkan.

 Sekiranya pelajar benar-benar melaksanakan dengan yakin kesemua langkah-langkah yang dibincangkan dengan tepat, penulis menjamin 100% pelajar akan melihat perubahan prestasi dalam keputusan peperiksaannya yang jauh lebih banyak berbanding tempoh masa yang digunakan untuk mengulangkaji pelajaran. Dengan kata lain, “Belajar Sedikit, Dapat Banyak”.
 

 

 

 

           

 

 

 

Kaedah belajar berkesan yang bakal anda perolehi dariworkshop ini akan mengeluarkan kemampuan yang terpendam dalam diri anda untuk cemerlang dalam sebarang peperiksaan. Kaedah ini terdiri daripada langkah-langkah mudah,praktikal dan terbukti keberkesanannya kepada ramai pelajar.

 Intinya, kaedah ini mengakui bahawa pencapaian pelajar dalam akademik bukanlah dinilai kepada betapa geniusnya akal mereka, tetapi bergantung pada sejauh mana pelajar itu menggunakan teknik belajar yang berkesan ketika belajar. Begitu juga, bukanlah kuantiti atau tempoh ulangkaji yang menentukan kecemerlangan, tetapi kualiti ulangkaji yang dipraktikkan.

 Sekiranya pelajar benar-benar melaksanakan dengan yakin kesemua langkah-langkah yang dibincangkan dengan tepat,  dijamin 100% pelajar akan melihat perubahan prestasi dalam keputusan peperiksaannya yang jauh lebih banyak berbanding tempoh masa yang digunakan untuk mengulangkaji pelajaran. Dengan kata lain, “Belajar Sedikit, Dapat Banyak”.
 

 

Anda  Takut Exam?

Mengapa anda terlampau takut pada peperiksaan.? Sudah berapa banyak peperiksaankah yang telah anda hadapi sejak kecil dulu? Tidakkah anda mengambil pelajaran daripada pengalaman anda itu? Mengapakah anda masih lagi gentar dan takut tatkala peperiksaan bakal tiba sedangkan anda telah melalui peperiksaan berkali –kali? Adakah anda tidak mengambil pengajaran daripadanya? Anda sepatutnya bersedia untuk menghadapi peperiksaan dengan lebih matang dan tenang.

Tidakkah anda perasan bahawa peperiksaan itu hanyalah terdiri daripada beberapa helaian kertas yang mengandungi beberapa soalan yang anda diminta untuk menyiapkan dalam masa yang singkat iaitu 3 jam ataupun kurang.

Ingat ini: “Peperiksaan hanyalah terdiri daripada beberapa soalan terpilih yang perlu dijawab dalam masa yang singkat:3 jam atau kurang”

“ Jangan cuba untuk menjadi terlampau sempurna. Memanglah baik untuk cemerlang dan mencapai yang terbaik. Tetapi seimbangkanlah target anda. Jika anda berfikir bahawa mendapat markah kurang daripada A1 atau A+ bermakna anda gagal, sebenarnya anda telah mengundang tekanan atau stress  kepada diri anda. Impikan untuk melakukan sebaik mungkin dalam masa yang sama sedarlah bahawa tiada seorangpun antara kita boleh menjadi sempurna setiap masa.

Perkara yang penting bagi anda untuk persediaan menghadapi peperiksaan ialah dengan mengulangkaji pelajaran. Masalah yang timbul pada kebanyakan pelajar adalah kekeliruan dalam cara mengulangkaji pelajaran. Ada di kalangan pelajar yang merasakan semakin lama dan banyak kali mereka membaca buku, semakin berkesan aktiviti ulangkaji mereka. Tanggapan ini adalah tidak benar kerana yang paling penting adalah kualiti ulangkaji anda dan bukannya kuantiti. Inilah sebabnya mengapa ada segelintir pelajar yang mengorbankan banyak masa untuk mengulangkaji pelajaran namun hasilnya amat mengecewakan. 

Peperiksaan amat berkait rapat dengan kehidupan sebagai seorang pelajar. Kejayaan seseorang pelajar itu dinilai berdasarkan kejayaan mereka dalam peperiksaan. Anggota masyarakat iaitu para ibubapa, guru dan kerajaan amat menitikberat akan keputusan peperiksaan pelajar. Sebagai contoh, ada di kalangan ibu bapa yang sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen dan kem-kem motivasi semata-mata untuk memastikan anaknya menperoleh keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Keputusan yang cemerlang juga menjadi prasyarat untuk membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke sekolah yang lebih baik atau ke menara gading. Hal ini menyebabkan para pelajar melihat peperiksaan sebagai sesuatu yang amat penting dalam kehidupan mereka sehingga timbulnya istilah ‘studi maut’ atau ‘belajar mati-matian’ untuk memastikan kecemerlangan di dalam peperiksaan. Bagi pelajar, peperiksaan seolah-olah soal hidup mati mereka walaupun pada realitinya ia tidak seperti yang dibayangkan oleh pelajar itu. Paling menyedihkan, tidak banyak usaha yang secara langsung menerangkan kepada pelajar apakah maksud di sebalik peperiksaan itu dan apakah usaha-usaha yang praktikal dan mudah yang boleh pelajar lakukan demi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksan yang bakal ditempuhi.

            Inilah antara tujuan workshop ini iaitu bagaimana para pelajar dapat melihat peperiksaan itu dengan pandangan yang positif dan ceria, bukannya sesuatu yang membebankan dan mengerikan. Seterusnya menerangkan langkah-langkah yang praktikal yang boleh pelajar lakukan sebagai persediaan yang berkesan demi mencapai keputusan yang cemerlang dalam apa jua peperiksaan yang bakal mereka hadapi.

            Workshop ini menekankan aspek keberkesanan kerana ramai pelajar yang mengorbankan banyak masa untuk persediaan menghadapi peperiksaan tetapi malangnya keputusan tidak setimpal dengan usaha. Di samping itu, workshop ini juga menekankan aspek praktikal kerana sudah banyak seminar-seminar motivasi yang menerangkan tentang aspek teori yang alhasilnya pelajar tidak dapat melihat jalan yang jelas untuk berjaya. Penulis menggabungkan aspek teori dan pengalaman praktikal yang dilaluinya sendiri sebagai pelajar yang telah banyak menempuh pelbagai peperiksaan termasuk yang bercorak sains teknikal, sains sosial,bahasa dan keagamaan.Di harap selepas mennghadiri workshop ini, Allah S.W.T membuka jalan yang terang kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan dengan berani dan bersemangat untuk berjaya.

Selamat Berjaya!

-Br.Izu
 





Anda mungkin tertanya-tanya dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai workshop tersebut. Mungkin ruangan Q & A di bawah boleh membantu anda......

Q & A

Saya tergolong dalam pelajar yang lemah dalam pelajaran.Setiap kali ujian atau peperiksaan, saya tidak pernah mendapat A atau B. Biasanya C dan sentiasa ada beberapa subjek yang tidak lulus.Adakah kaedah belajar tersebut sesuai untuk orang seperti saya?
Ya, sudah tentu. Kaedah ini amat sesuai dan perlu diketahui oleh pelajar-pelajar seperti anda. Saya yakin, anda pasti telah berusaha untuk membaiki prestasi anda, tetapi mungkin cara anda belajar itu kurang tepat dan kurang berkesan.

Saya mempunyai seorang anak yang bermasalah dalam pelajaran. Pelbagai cara telah saya cuba untuk mengatasi masalah anak saya itu termasuk menghantarnya ke pusat tuisyen. Dia akan menduduki PMR pada tahun hadapan.
 Berita baik untuk ibubapa, dalam workshop ini juga terdapat ruangan khas yang menerangkan kaedah berkesan dan praktikal untuk memupuk minat belajar di kalangan anak-anak. Sekiranya diri anak-anak itu sendiri tidak minat untuk belajar, walaupun dihantar kepusat tuisyen terhebat sekalipun, anak itu tetap tidak cemerlang!

Saya hanya ada beberapa bulan lagi sebelum peperiksaan. Adakah kaedah belajar "last minute" yang membolehkan saya cemerlang atau sekurang-kurangnya lulus dalam peperiksaan yang bakal saya hadapi?
Ya, dalam workshop ini , ada dinyatakan ibu segala kaedah untuk belajar "last minute". Ramai yang telah menggunakannya dan mendapati kaedah tersebut benar-benar mempengaruhi markah peperiksaan mereka. Apa yang penting anda perlu mengamalkan kaedah itu dengan yakin tanpa ragu-ragu.

Kaedah ini pakai bomoh, ke?
Kita tidak menggunakan sebarang kaedah yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Islam mengajar kita berusaha dengan cara yang tepat. Workshop  ini hanya menerangkan cara yang tepat untuk berjaya.

Adakah jaminan saya akan skor dalam peperiksaan setelah menghadiri workshop  ini?
Ya dan tidak. Ya, sekiranya anda mempraktikkan langkah demi langkah kaedah yang dibincangkan dalam workshop ini. Tidak, sekiranya anda hanya menghadirinya dan tidak mempraktikkannya dalam pembelajaran anda. Saranan saya, cuba menggunakan kaedah tersebut sahaja dalam 2 minggu pertama ini dan tinggalkan sementara kaedah belajar yang anda gunakan sebelum ini. Lihat kesannya kepada markah dan prestasi anda.

Bukankah lain orang, lain cara belajarnya? Kajian ada menunjukkan pelajar-pelajar terbahagi kepada tiga golongan: iaitu yang belajar melalui visual, audiotori dan kinestetik. Bagaimana Br.Izu menyatakan kaedah yang dibincangkan dalam workshop tersebut boleh digunakan oleh semua golongan pelajar?
Ya, tidak dinafikan ada pelajar yang lebih mudah belajar melalui melihat, mendengar atau belajar melalui penglibatan aktiviti fizikal. Kaedah yang digunakan dalam workshop ini menggabungkan ketiga-tiga konsep tersebut. Inilah ciri unik kaedah dalam workshop ini. Oleh sebab itulah saya menyatakan, kaedah tersebut sesuai untuk pelbagai bidang dan subjek. Ini telah 

Saya telah banyak menghadiri seminar tentang teknik belajar tetapi setelah membacanya, saya lupa dan tidak dapat mempraktikkannya. Apakah jalan penyelesaiannya?
Jangan bimbang.Dalam workshop ini telah disediakan satu sistem bagi memudahkan anda mengingati kaedah belajar berkesan tersebut. Selepas ini, apabila anda mahu "studi" atau belajar, anda akan teringat akan kaedah-kaedah tersebut secara automatik sekiranya anda menggunapakai sistem tersebut.

Saya seorang pelajar universiti. Masalah saya adalah tidak ada masa untuk mengulangkaji kerana terlampau banyak 'assignment'  dan tugasan yang perlu disiapkan. Adakah kaedah yang dapat menyelesaikan masalah saya?
'Assignment' bukannya masalah, sebaliknya adalah peluang untuk anda skor dalam subjek anda. Ini kerana 'assignment' anda dapat kawal sepenuhnya berbanding peperiksaan. Anda boleh bertanya pensyarah dan anda boleh merujuk pelbagai buku untuk menyelesaikan 'assignment' anda. Jika anda diberi sebarang tugasan, pastikan anda cuba mendapatkan markah setinggi mungkin kerana 'assignment' dalam kawalan anda. Dalam workshop saya ada dinyatakan bagaimana caranya.

Saya merupakan salah seorang ibubapa yang bekerja kerajaan.Kami pihak ibu bapa juga ada mengambil peperiksaan untuk menaiki jawatan kerajaaan. Adakah teknik belajar yang saudara kongsikan boleh digunakan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan untuk pegawai kerajaan?
Seperti saya sebut sebelum ini teknik  yang bakal anda perolehi dari workshop ini akan mengeluarkan kemampuan yang terpendam dalam diri anda untuk cemerlang dalam sebarang peperiksaan . Ini bukan sekadar teori kerana saya ada bukti iaitu pada diri saya sendiri. Saya pernah mendapat tawaran untuk menduduki peperiksaan PTD.Bilangan yang gagal dalam ujian ini agak ramai sehingga ada yang sudah tua mengulangi berkali-kali mengambil peperiksaan ini  setiap tahun namun gagal. Menggunakan teknik yang sama saya membuat persediaan untuk peperiksaan tersebut dan Alhamdulillah saya berjaya. Lucunya saya cuma membuat persediaan 2 hari sebelum peperiksaan kerana banyak komitmen lain. Pada hari peperiksaan saya lihat ramai orang membawa buku dan nota tebal-tebal dan menghafalnya di luar dewan peperiksaan. Saya pula sibuk mencari kedai di luar dewan untuk sarapan pagi.
Klik sini untuk lihat bukti.>>>


 

 

Jangan Lepaskan Peluang Yang Menarik Ini! 

       

Bagi mendaftar seminar/program motivasi,berikut adalah maklumat yang diperlukan:-

Bank : Maybank

Nombor akaun : 563019229082

Nama : Galeri Hikmah Resources

Selepas anda membuat bank-in atau transfer,

1) Sila sms kami di 013-2229563 bersama nama, alamat dan maklumat transaksi ( Maklumat transaksi adalah Tarikh,Masa & Tempat yang terdapat pada penyata ).
                     atau
2)Scan slip dan e-mail nama, alamat dan maklumat transaksi tadi ke: motivatorpelajar@yahoo.com sila sms kami di 013-2229563 bersama nama, alamat dan maklumat transaksi ( Maklumat transaksi adalah Tarikh,Masa & Tempat yang terdapat pada penyata )
 

 

ATAU

Dapatkan buku "Motivasi dan Teknik Belajar Berkesan" terlebih dahulu...
 





Bagi membeli buku,berikut adalah maklumat yang diperlukan:-

Bank : Maybank

Nombor akaun : 563019229082

Nama : Galeri Hikmah Resources

Jumlah Bank-In: RM30

Selepas anda membuat bank-in atau transfer,

1)Sila sms kami di 013-2229563 bersama nama, alamat dan maklumat transaksi ( Maklumat transaksi adalah Tarikh,Masa & Tempat yang terdapat pada penyata ).
                     atau
2)Scan slip dan e-mail nama, alamat dan maklumat transaksi tadi ke: motivatorpelajar@yahoo.com sila sms kami di 013-2229563 bersama nama, alamat dan maklumat transaksi ( Maklumat transaksi adalah Tarikh,Masa & Tempat yang terdapat pada penyata )

Kami akan pos buku "Motivasi & Teknik Belajar Berkesan" sejurus selepas pengesahan penerimaaan bank-in daripada anda. Anda akan menerima dalam  tempoh 3 ke 4 hari bekerja.

Sebarang pertanyaan/maklumat lanjut hubungi hotline kami di 013-2229563. Cara mudah adalah cuma sms dan kami akan follow up call. Terima kasih.

 

 
HakCipta terpelihara © 2006 MotivatorPelajar.com.my, Portal Pendidikan & Motivasi Pelajar Cemerlang. Namun, HakCipta yang sebenar adalah milik Allah. Justeru, sama-samalah kita berusaha mendekatkan diri  kepada Allah s.w.t.